‘Harap Redha Dengan Kesalahan Saya’- Tindakan Pelajar Menulis Surat Permohonan Maaf Mendapat Pujian

Dewasa ini, memang jarang jumpa orang yang berani mengakui kesalahan sendiri. Selalunya, kalau sudah buat salah, mereka akan pilih untuk berdiam diri ataupun tunding jari pada orang lain bagi menyelamatkan diri sendiri. Hal ini tidak sewajarnya berlaku kerana kita diajar untuk bersikap jujur terutamanya kepada diri sendiri.

Seperti seorang pelajar ini yang berani mengakui kesalahannya setelah terlanggar kereta milik seorang guru. Kagum dengan kejujuran pelajar itu, Muhammad Hafidz Hakimy Md Ariff telah membawa kisahnya ke Facebook sehinggakan menarik perhatian netizen yang memuji sikap murni pelajar tersebut yang berani berterus terang.

Kata guru j-QAF Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Kepala Batas itu, sehari selepas kejadian, beliau menerima sepucuk surat di pelantar rumah ibunya. Cerita Hafidz, pada awalnya beliau tidak pasti dari mana datangnya surat itu kerana tidak disertai nama pengirim , namun setelah dibaca pengisiannya, beliau yakin ia datang dari pelajar yang terlanggar keretanya semalam.

Jom baca pengisiannya!

‘Kalau ada calaq sikit ka bnyk ka, saya mintak maaf sgt2’

SURAT PERMOHONAN MAAF

Sebaik membaca surat berkenaan, saya percaya ia diletakkan pelajar yang terlanggar kereta saya.

Pelajar terbabit meminta maaf kerana terlanggar kereta saya selain memberitahu dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketika disoal apa sebenarnya yang berlaku, Hafidz menceritakan kira-kira dua minggu lalu ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya, ada sebuah motosikal terlanggar bahagian depan kereta, namun penunggangnya tidak berhenti sebaliknya meneruskan perjalanan.

“Ketika itu saya memandu Chevrolet Aveo hendak keluar dari simpang kira-kira 3 petang 3 November lalu dan kebetulan motosikal terlanggar bahagian depan kereta, tetapi penunggangnya meneruskan perjalanan.

Ujarnya, dia tidak mengambil serius akan perkara itu kerana hanya mengalami kecalaran minor sahaja. Itu yang menyebabkan beliau terkejut apabila menerima surat berkenaan. Katanya, dia sudah pun memaafkan pelajar tersebut sambil melahirnya rasa kagum terhadap keberaniannya untuk mengakui kesalahan diri walaupun tidak secara berdepan.

Pos yang dimuat naik itu turut menerima sentimen yang sama dari warga netizen yang kagum dengan tindakan pelajar tingkatan lima itu. Rata-rata mendoakan keselamatannya menempuhi peperiksaan SPM yang bakal berlangsung.

Memang wajar kita contohi pelajar ini. Cuba anda selami kata-katanya, “Kalau ada salah dgn manusia ni, kita kena mintak maaf dengan dia, sebab tu salah kita dengan dia. Xleh nak mintak maaf dekat Allah”. Murni betul sifatnya, ternyata dia telah dididik baik dan membesar sebagai seorang insan yang mulia. InsyaAllah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*