[ Exclusive ] Pelakon Sofi Jikan Ditahan Positif Dadah

PETALING JAYA – Pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan polis selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Suspek diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan tersebut, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik meletakkan dadah dalam minumannya.

Sofi Jikan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Bulan lalu, peminat industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita pengarah dan pelakon, Datuk Farid Kamil yang mengamuk dan berkelakuan ganas menampar anggota polis dan orang awam serta sah positif dadah jenis ganja.

Pelbagai spekulasi dan persoalan timbul mengapa Farid bertindak sebegitu sedangkan beliau seorang pelakon yang jarang terlibat dengan mana-mana kontroversi.

Namun, segalanya bakal terjawab tidak lama lagi apabila Farid menerusi laporan polis yang dibuat baru-baru ini mendakwa apa yang berlaku adalah angkara perbuatan khianat 3 orang rakan artis yang sengaja memasukkan dadah dalam minumannya.

Farid akui beliau tidak mampu berfikir ataupun tidak begitu waras kerana telah meminum air yang mengandungi bahan terlarang tersebut sehari sebelum insiden di balai polis itu berlaku. Bukan itu sahaja, rakan artis berkenaan turut memberikan Farid rokok yang bersalut dengan sejenis cecair yang tidak diketahui sehingga membuatkan dirinya berasa khayal.

Ketiga-tiga rakan artis termasuk seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya sehingga menyebabkan perlakuannya bertukar ganas.

Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan.

Pada masa yang sama, Farid juga ada menyatakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh pihak polis dan turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan dirinya mengalami kecederaan dan mempersoalkan bagaimana foto beliau ditahan boleh viral di media sosial serta kepada pihak media.
Sofi Jikan ditahan positif dadah

Suspek diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan tersebut, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik meletakkan dadah dalam minumannya.

Sofi Jikan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

CHE TA JAWAB KRITIKAN KENAPA BELIAU BERNIQAB HANYA DI MEKAH

Memakai niqab hanya ketika beliau mengerjakan ibadah umrah di Mekah, pelakon Rozita Che Wan menerima pelbagai kritikan daripada netizen yang mempersoalkan niat sebenar beliau.

Tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan niqab ataupun hanya mengikut trend semasa, Che Ta menjelaskan beliau tidak mahu ada rakyat Malaysia yang mengenali beliau sebagai selebriti dan mengganggu beliau ketika beribadah.

Ramai tanya saya kenapa pakai niqab semasa di Makkah sahaja dan apabila sampai di Kuala Lumpur dah tak pakai? Pada hal menutup muka ini tak wajib pun. Sebenarnya, ada sebab saya berniqab di sana. Sebagai selebriti tak nak terganggu ibadah kerana orang kenal. Selain itu, boleh halang daripada orang batuk atau bersin depan muka.
Pada masa yang sama, Che Ta nafi berlagak sombong dan mengelakkan diri untuk bergambar dengan peminatnya di Mekah.

Walaupun berniqab, ada juga peminat yang perasaan kewujudan saya sebab berjalan bersebelahan dengan Zain Saidin. Jadi, daripada situ orang tahu perempuan sebelah Zain ialah Che Ta. Kalau dalam masjid saya buka niqab dan ada pula orang kata saya sombong sebab tak nak bergambar. Hakikatnya, saya ada letakkan had masa 30 minit untuk bergambar.

Betulkan kami kalau kami salah tetapi rasanya pemakaian niqab dan purdah bukanlah satu perkara yang wajib. Harapnya penjelasan Che Ta ini akan membuatkan orang ramai tidak lagi mengkritik dan mempersoalkan tindakannya itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*