Wanita Ini Dilamar Oleh 100 Lelaki Dalam Tempoh Sebulan.. Puncanya Pasti Buat Ramai Wanita Lain Cemburu..

Siapa sangka wanita biasa ni tiba-tiba dilamar oleh 100 lelaki dalam tempoh sebulan. Ada yang sanggup bagi hantaran RM20k lagi. Selepas buat siasatan, akhirnya wartawan berjaya jumpa puncanya yang buat ramai wanita jeles.
DILAMAR 100 LELAKI

Gadis bengkel Nor Sakira Awee, 20, mengakui dirinya kini cuba dipikat lebih 100 lelaki selain turut menerima ratusan mesej cinta dari seluruh negara.

Nor Sakira dari Kampung Batangan, Marang menjadi tumpuan selepas kisahnya yang tidak kekok untuk ‘bermain’ dengan enjin kenderaan disiarkan akhbar ini pada pada 14 Oktober lalu.

“Ramai yang menghantar mesej melalui akaun media sosial saya termasuk Instagram, Facebook dan juga aplikasi telefon seperti WeChat.

“Walaupun menjadi tumpuan berbanding sebelum ini, saya tidak menganggapnya sebagai gangguan kerana saya juga memang suka berkawan dengan semua orang dan terbuka dalam soal ini.

MEMANG BIASA BERKAWAN DENGAN LELAKI

“Saya tidak mengalami sebarang masalah kerana selama ini memang ada ramai kawan lelaki berbanding rakan perempuan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sebelum ini, Nor Sakira adalah seorang daripada 65 pelatih Sijil Tahap Dua Kemahiran Automotif Servis Selepas Jualan di Universal Centre Education Traning Employment (UNICETE).

Kisah gadis itu tular di media sosial selepas kemahirannya membaik pulih kenderaan dikongsi dan mendapat pujian netizen hingga ada yang sanggup menawarkan wang hantaran RM20,000.
Menurutnya, dia tidak kisah apabila diajak bercinta oleh lelaki kerana ia adalah hak mereka atau dianggap sekadar usikan netizen saja melainkan ada yang bersikap kurang sopan dan tidak menghormatinya.

TAK SANGKA JADI VIRAL

Katanya, dia tidak menjangkakan bahawa pembabitannya dalam bidang automotif akan mendapat perhatian ramai seperti itu.

“Saya hanya buat apa yang saya suka dan minat, tetapi tak sangka pula ia mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

“Selain yang menghantar mesej untuk berkenalan, ramai juga memberi dorongan dan kata-kata semangat. Respon netizen dan orang sekeliling secara tidak langsung membuatkan saya lebih bermotivasi untuk terus maju dalam bidang automotif ini,” katanya.

Katanya, dia juga ada menerima beberapa tawaran kerja sambilan di bengkel kenderaan termasuk daripada sebuah syarikat minyak pelincir dengan menawarkan kerja sambilan di pusat servisnya di Kampung Ladang.

“Memandangkan masih belajar, saya perlu mendapatkan persetujuan banyak pihak selain ingin memastikan ia tidak menggangu pembelajaran di UNICETE,” katanya.

Terjumpa ular dalam rumah, Suami tiba-tiba mengamuk kemudian terus memukul isterinya dengan menarik rambut, menampar serta menendang wanita terbabit. Disangka sebab ular tapi isteri kantoi rupa-rupanya…

Terjumpa ular dalam rumah, Suami tiba-tiba mengamuk kemudian terus memukul isterinya dengan menarik rambut, menampar serta menendang wanita terbabit. Disangka sebab ular tapi isteri kantoi rupa-rupanya…😱😱

Hanya kerana berselisih faham mengenai ular masuk ke dalam rumah ditangkap lelaki lain menyebabkan suami tergamak membelasah isterinya di kediaman mereka di Kampung Batu Putih, Karangan, Kulim, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 30-an tidak berpuas hati selepas mengetahui mangsa, 35, memanggil orang lain untuk menangkap ular yang berada di dalam rumah mereka.

Malah suspek mendakwa mangsa berlaku curang dengannya menyebabkan berlaku pertengkaran, kata Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir.

Menurutnya, suspek kemudian terus memukul isterinya dengan menarik rambut, menampar serta menendang wanita terbabit.

“Akibat kejadian itu, mangsa lebam di badan dan tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Kob untuk tindakan selanjutnya.

“Bertindak atas laporan itu, kami kemudian mengesan suspek sebelum berjaya menahannya yang direman empat hari bermula Ahad lalu hingga esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ahmad Nasir berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.
Rumah anda pernah dimasuki ular?

Ular masuk rumah, bukan isu. Bukan benda misteri.
Yang menjadi misteri ialah, tidak semua ular yang masuk ke dalam rumah anda, adalah ular!
Kalau ular yang masuk itu bukan ular, apakah sebenarnya ular itu?!
Ular bukan ular?
Di sinilah misterinya…
Lebih misteri lagi, pernah berlaku seorang manusia terus mati sebaik sahaja membunuh ular yang sedang berlingkar di dalam rumahnya!
Apakah sebab kematiannya?
Siapa pula yang membunuhnya?

Pada suatu hari…pada zaman yang silam dan pada detik waktu yang lampau…Abu Saib pergi menziarahi Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ’anh, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika Abu Saib tiba, Abu Sa’id al-Khudri sedang bersolat. Mahu tidak mahu, Abu Saib terpaksa menunggu sehingga Abu Sa’id al-Khudri r.a selesai mengerjakan solat.

Semasa sedang menunggu itu, Abu Saib mendengar sesuatu yang bergerak dalam timbunan pelepah tamar, yang terletak di satu penjuru rumah Abu Sa’id al-Khudri.

Abu Saib yang segera menoleh ke arah timbunan pelepah tamar itu terkejut, bila mendapati bunyi pergerakan itu rupa-rupanya datang dari seekor ular!

Apalagi, Abu Saib segera menerpa ke arah ular itu untuk membunuhnya. Namun, sebelum sempat beliau berbuat demikian, Abu Sa’id al-Khudri r.a segera memberikan isyarat kepada beliau supaya duduk dan membiarkan saja ular tersebut.
Akur dengan isyarat itu, Abu Saib duduk dan membatalkan niatnya untuk membunuh ular tersebut.

Malang pengantin baru
Setelah ular itu beredar, Abu Sa’id al-Khudri r.a menunjukkan dengan jarinya ke arah sebuah rumah yang berdekatan, sambil berkata kepada Abu Saib, “engkau nampak rumah itu?”.
“Ya, saya Nampak”, ujar Abu Saib.
“Sebelum ini, rumah itu didiami oleh seorang pemuda yang baru berkahwin”, kata Abu Sa’id al-Khudri memulakan ceritanya tentang kisah pemuda tersebut.

Cerita ini bermula apabila pemuda tersebut turut serta dalam perang Khandak yang dipimpin Rasulullah s.a.w, bersama-sama dengan Abu Sa’id al-Khudri dan para sahabat yang lain.
“Ketika kami semua berada di medan perang Khandak, pemuda tadi meminta izin Rasulullah s.a.w untuk pulang ke rumahnya sekejap, ketika separuh hari sudah berlalu. Setelah diizinkan, dia pun pulang menemui isteri yang baru sahaja dikahwininya”, cerita Abu Sa’id al-Khudri.

Cerita ini mula menuju ke kemuncaknya apabila suatu hari, pemuda tadi sekali lagi meminta izin untuk pulang ke rumahnya. Maklumlah, beliau baru sahaja berkahwin dan dalam masih dalam tempoh ‘bulan madu’.

Rasulullah s.a.w yang memahami situasi pemuda ini, tidak keberatan membenarkannya pulang, meskipun umat Islam ketika itu berada di medan perang.

Tapi, kali ini, Rasulullah seolah-olah dapat merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku ke atas si pemuda.

Tidak seperti sebelum ini, iaitu semasa si pemuda meminta izin untuk pulang pada kali pertama, Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya, “bawalah sekali senjata mu kerana aku bimbang Bani Quraizah (salah satu puak Yahudi) mengancam keselamatanmu”.

Sebaik sahaja mengambil senjatanya seperti yang diminta oleh Rasulullah s.a.w, si pemuda terus beredar pulang bagi menemui isteri yang dirinduinya.

Sebaik tiba di rumahnya, si pemuda tiba-tiba diresapi kemarahan yang meluap-meluap, sehingga mengacukan lembing ke arah isterinya, seolah-olah mahu menikamnya.

Kebetulan, semasa dia tiba di rumahnya, dia melihat isterinya berdiri di pintu rumah.

Oleh kerana isterinya itu baru sahaja dikahwini, dan tiada sebab untuknya berdiri di pintu rumah, sementelahan pula dia tiada di rumah kerana berjuang di medan perang, si pemuda merasa sangat cemburu.

Dengan sebab itulah dia mengacukan lembingnya ke arah isterinya.
“Sabar bang, simpanlah dulu lembing abang itu!”, rayu si isteri.
“Marilah masuk ke dalam dulu, biar abang tengok sendiri apa yang menyebabkan saya keluar”, pujuk si isteri.
Si pemuda terus masuk ke dalam rumah dan beliau terkejut bila melihat seekor ular yang sangat besar, yang sedang berlingkar di atas katil!
Dendam ular

Tanpa berfikir panjang, si pemuda terus menikam ular tersebut. Tikamannya menyebabkan ular mengelepar sambil menyerang dan menerkam si pemuda.

Kesudahannya, si pemuda dan ular yang ditikamnya, mati.
“Tidak diketahui siapa yang mati terlebih dahulu, si pemuda atau pun ular yang ditikamnya”, cerita Abu Sa’id al-Khudri r.a lagi.

Peristiwa tragis yang menimpa si pemuda pengantin baru itu, menimbulkan persoalan dan misteri, disamping rasa simpati di kalangan para sahabat.

Bagi menyingkap tabir misteri yang menyelubungi kematiannya, para sahabat pergi menemui Rasulullah s.a.w bagi menceritakan apa yang berlaku.
“Berdoalah kepada Allah, wahai Rasulullah semoga Allah menghidupkannya kembali”, rayu para sahabat kepada Nabi s.a.w kerana begitu menyayangi si pemuda dan bersimpati dengan apa yang berlaku ke atasnya dan juga isterinya.
Nabi Muhammad s.a.w tidak memenuhi permintaan para sahabat, sebaliknya meminta mereka memohon ampun bagi si pemuda.
“Pohonlah ampun dari Allah untuk sahabat kamu itu”, sabda Baginda kepada mereka semua.
Merungkai misteri kematian si pemuda, Nabi s.a.w bersabda, “sesungguhnya di Madinah ini [terdapat] jin-jin yang telah memeluk Islam. Maka, apabila kamu melihat sesuatu daripada mereka, hendaklah kamu memberi amaran selama tiga hari.
Jika ternyata kepada kamu selepas itu [bahawa ular yang berada dalam rumah kamu itu benar-benar ular] maka hendaklah kamu membunuhnya. Sesungguhnya itu adalah syaitan”.
Cerita di atas beserta hadis yang dinyatakan bersumberkan Sahih Muslim. Ertinya, kisah ini adalah kisah benar dan hadis yang disebutkan adalah hadis sahih.
Sementara huraian kisah dan hadis di atas bersumberkan kitab Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih.
Menurut pengarang kitab Aun al-Ma’bud, larangan membunuh ular yang dijumpai di dalam rumah kecuali setelah diberikan amaran, terpakai pada semua tempat, bukan khusus kepada rumah di Madinah al-Munawwarah sahaja seperti yang difahami ramai ulama.
Amaran
Oleh kerana ular yang anda jumpai di dalam rumah anda, bukan semuanya ular, sebaliknya kadang-kadang ia adalah jin yang menjelma menjadi ular, maka jangan terus di bunuh.
Kalau kebetulan ular yang dibunuh itu sebenarnya jin, kemungkinan sanak saudara atau kawan-kawannya akan menuntut bela di atas kematiannya seperti kisah di atas.
Justeru apa yang perlu anda buat bila terserempak dengan ular di dalam rumah?
Anda kenalah memberi amaran kepada ular itu supaya keluar. Amaran diberikan sebanyak tiga kali sebagaimana pandangan sesetengah ulama (lihat Aun al-Ma’bud).
Tetapi jumhur ulama mengatakan amaran diberi selama tiga hari!

Setelah diberi amaran, tapi ia tidak keluar juga, itu menandakan ular itu memang ular sebenar, bukannya jin yang bertukar rupa. Di saat itu, barulah ular itu ‘selamat’ untuk dibunuh.

Tapi, kaedah yang dinyatakan ini hanya melibatkan ular yang ditemui di dalam rumah sahaja.

Kalau ia ditemui di tempat lain, sekalipun di dalam masjid-seperti yang dinyatakan Imam Malik (lihat huraian Imam Nawawi ke atas Sahih Muslim)-anda disunatkan membunuhnya terus, tanpa memberikan amaran.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*