Masya Allah..!!! Cair Hati Tengok 3 Anak Dara Selebriti Yang Bertudung Sopan Dan Berwajah Cantik Yang Menjadi Perhatian Lensa Kamera…Lebih Manis Dari GULA Nie.. Bak Kata Orang Tak Jemu La Mata Memandang..!!!

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Apabila seseorang itu bergelar selebriti atau public figure, secara tidak langsung ahli keluarga mahupun anak-anak mereka turut terkena tempias dunia glamor. Kalau lihat situasi kehidupan selebriti luar negara khususnya di Hollywood, memang agak menakutkan. Setiap hari gerak-geri mereka diperhatikan oleh ‘paparazzi’ yang dahagakan foto-foto eksklusif bintang terkenal.

Meskipun di Malaysia senario tersebut jarang sekali berlaku kepada anak seni namun insan terdekat dengan artis berkenaan seperti isteri, suami dan adik-beradik termasuk anak-anak turut menjadi perhatian umum.

Itulah yang berlaku kepada tiga gadis cantik yang juga merupakan anak kepada selebriti terkenal tanah air ini. Disebabkan populariti ibu bapa, sedikit sebanyak rutin kehidupan mereka turut diketahui masyarakat. Lebih-lebih lagi jika anak-anak gadis ini memiliki raut wajah yang cantik dan disulami dengan kerjaya yang cemerlang. Confirm ramai yang ternanti-nantikan perkembangan mereka.

Dr Puteri Julia bersama ibunya, Dato’ Ziela Jalil

Keakraban Dr Puteri Julia dan ibu tersayang

DR PUTERI JULIA NABILAH – ANAK DATO’ ZIELA JALIL

Salah seorangnya ialah puteri sulung kepada pengarah terkemuka, Dato’ Ziela Jalil iaitu Dr Puteri Julia Nabilah. Mewarisi kecantikan ibu tersayang, figura ini mula menjadi bualan apabila dia berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan perubatan sekaligus melayakkannya membawa gelaran doktor. Baru berusia 25 tahun, Dr Puteri Julia adalah seorang wanita Melayu yang sarat dengan kesantunan dan pintar.

Alya, anak kepada Azmil Mustapha

Gaya model muslimah, Alya

NUR ALYA IMAN – ANAK AZMIL MUSTAPHA
Bergelar anak kepada pelakon lelaki, Azmil Mustapha yang kini dikenali ramai sebagai pendakwah nyata bukan mudah bagi Nur Alya Iman Mohd Azmil ini. Dia yang kini berusia 17 tahun mula berjinak-jinak sebagai model peragaan seawal usia 13 tahun. Berbekalkan ketinggian 170 sentimeter dan wajah yang cantik, Alya sering menghiasi kempen promosi dan produk pelbagai jenama fesyen muslimah.

Kecantikan Marissa, anak Norman Hakim & Abby Abadi

Marissa bersama abangnya, Danish di Turki baru-baru ini

MARISSA DANIA HAKIM – ANAK NORMAN HAKIM & ABBY ABADI
Masih hangat dengan isu viral tentang kecantikan yang dimiliki, anak gadis kepada Norman Hakim dan Abby Abadi ini memang lawa orangnya. Baru berusia 13 tahun, perwatakan Marissa Dania yang bertudung litup dan pemalu serta dikurniakan kulit putih kemerah-merahan ini berjaya mencuri tumpuan para netizen. Malah, sejak fotonya bertebaran di Internet Norman turut mengakui menerima banyak mesej daripada jejaka yang menyimpan hasrat untuk menyunting anak gadisnya itu. Sampai begitu sekali ‘tarikan’ Marissa!
Jangan Lupa Komen

HANEZ SURAYA failkan cerai??? Apa dah jadi nie??Jom tengok!!

HANEZ SURAYA failkan cerai??? Apa dah jadi nie??Jom tengok!!

RUMAHTANGGA Hanez Suraya bergoncang jua apabila dia mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Hanez bernikah pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan.

Sebelum berlakunya peristiwa memfailkan perceraian ini, InTrend sempat menemu bual Hanez secara eksklusif, bertanyakan tentang kehidupannya yang baru sebagai seorang isteri dan ibu. Berikut adalah temu bual kami bersama Hanez.

Boleh Hanez kongsikan perasaan dan pengalaman kali pertama hamil dan melahirkan?

Usia saya 30 tahun ketika itu. Hamil tiga bulan pertama, keadaan agak biasa, walaupun kadangkala mood berubah-ubah. Alahan juga tidak teruk. Malah berat badan juga maintain. Walaupun tiada alahan teruk, tetapi saya alah pada bau, seperti perfume dan masakan.

Malah bau-bauan pada diri sendiri juga tak tahan seperti syampu rambut. Bau-bauan itu akan cepat buat saya bad mood. Alhamdulillah saya dapat bersalin normal walaupun bayi besar, iaitu 3.5 kilogram. Puteri Aleesya sudah tiga bulan usianya sekarang.

Perkara yang terlintas di fikiran, kali pertama memegang anak yang baru dilahirkan?

Dalam hati asyik berkata, “Anak aku?” Rasa tak percaya, saya sudah ada anak. Apabila tengok muka anak, minda ini sudah tidak fikir perkara lain lagi. Dalam hati hanya terdetik, “Ini tanggungjawab aku.” Pertama kali menyusukan anak, kelam-kabut juga. Tetapi kali pertama memegang bayi, terasa begitu natural.

Inilah yang dikatakan kuasa Tuhan, apabila kita memegang anak, kita automatik menjadi pandai. Hanya ketika menyusukan anak, saya perlu belajar. Alhamdulillah, Aleesya ini sangat mudah, sumbat saja, dia terus ngap! (ketawa). Sekarang Aleesya tidak menyusu badan sepenuhnya, terpaksa campur-campur kerana dia sangat kuat makan. Badannya sudah semangat.

Sekarang Hanez sudah fokus menjaga anak, bagaimana karier lakonan?

Memang ada yang bertanya tetapi sekarang, apa-apa keputusan harus ditanyakan kepada suami dahulu. Apabila sudah ada anak sendiri, rasa sangat tak sampai hati hendak tinggalkan. Sebelum ini tak pernah fikir dan apabila mendengar pengalaman kawan-kawan, dalam hati, “Ya ke?” Sekarang itulah yang saya lalui.

Saya tiada pembantu rumah. Sejak Aleesya lahir, saya jaga 100 peratus. Sejak dalam pantang, dengan bayi yang masih lembut, saya mandikan, buat semua sendiri. Mungkin itulah kekuatan yang Tuhan beri kepada saya.

Apa yang seronoknya menjadi ibu?

Sekarang 24/7 dengan dia sahaja. Penat ya, tapi sangat gembira. Ini bukan penat yang memberikan stres. Syukur sebab Aleesya tak banyak ragam. Dia sangat senang, sesiapa pun ambil, dia okey. Kalau lapar, hanya merengek sedikit, tidak sampai melalak.

Alhamdulillah senang dijaga. Tuhan menjaga semuanya, dengan abang-abangnya, Tuhan jadikan dia anak yang sangat senang dijaga dan tidak memenatkan emaknya.

Beza menjaga anak lelaki dan perempuan?

Abang-abangnya bukan anak kandung saya. Saya tak melahirkan dan tidak menyusukan mereka. Saya masuk ke dalam hidup mereka selepas mereka sudah mampu berfikir, ketika mereka sudah ada perangai sendiri. Memang tak sama dengan bayi ini. Saya pun tidak tahu hendak bezakan cara menjaga anak lelaki dengan anak perempuan. Tetapi suami berpengalaman, dia akui terkejut kerana katanya tidak pernah tengok baby sebaik- baik Aleesya.

Bagaimana Hanez berikan kasih sayang antara anak sendiri dengan anak tiri?

Daripada segi kasih sayang, memang tiada beza kerana mereka 100 peratus bersama-sama saya. Malah sejak sebelum berkahwin lagi, saya biasa menjaga mereka. Sebelum Aleesya lahir, saya sudah beri kasih sayang kepada mereka. Mereka anak-anak yang bijak, mereka tahu siapa emak mereka tetapi mereka tak tahu apa itu emak tiri.

Yang mereka tahu, mereka tinggal dengan saya, mereka tahu saya mummy mereka, mereka tahu saya jaga mereka dan mereka tahu mereka harus dengar cakap mummy. Ketika saya hamil, mereka tahu mereka akan ada adik. Antara Aleesya dengan abang kedua, hanya berbeza tiga tahun. Abang sulung itu pula sudah darjah empat (10 tahun).

Cabaran ibu zaman zaman sekarang?

Setiap hari, banyak kerja saya uruskan. Sebab itu, kalau tak mampu, suami kena membantu. Ya, suami keluar bekerja dan dia memerlukan isteri untuk membantunya. Tetapi dalam urusan tertentu, suami perlu membantu (seperti dalam memantau) media sosial. Anak-anak sekarang sangat bijak, pada umur empat tahun mereka sudah ada gajet sendiri.

Aktiviti mereka perlu dikawal. Sebagai selebriti, banyak cerita tidak baik mengenai Hanez yang mereka tahu. Mereka taip sahaja nama, semua keluar. Hendak rampas tab, memang tab itulah alat yang dapat mendiamkan mereka. Mereka masih kecil, mereka tak tahu apa-apa, oleh itu ibu bapa berperanan menjelaskan dengan cara yang baik.

Kemampuan Hanez sekarang berbanding dulu?

Kawan-kawan panggil Hanez supermom. Dengan anak-anak, rumah tiga tingkat, saya uruskan seorang daripada berkemas, memasak, membasuh kain, menyidai baju, semuanya. Bukan nak riak bahawa saya boleh buat semua. Tetapi mencari pembantu yang baik tidak mudah.

Tabiat tertentu yang mungkin Hanez warisi daripada emak?

Satu tabiat mama, apabila dia terasa hati, dia akan diam. Itu mama dan saya juga ada terikut-ikut begitu. Apabila dimarahi, saya makan hati seorang dan terus berdiam diri. Secara tak langsung, orang berkenaan akan rasa bersalah sendiri. Mama juga supermom.

Mama dahulu bekerja, dia tiada pembantu, semua kerja rumah dia buat sendiri. Tetapi mama memang tak suka ada pembantu walaupun dia suka memasak dan menjamu kawan-kawan. Saya juga suka memasak tapi sekarang dengan ketiadaan pembantu menjaga anak, susah jugalah.

Ada apa-apa yang Hanez tidak berpeluang dapat dahulu tetapi sekarang Hanez tidak mahu anak Hanez ketinggalan?

Saya mahu beri pendidikan sejak awal. Kelas balet, kelas Bahasa Inggeris, bergantung kepada keperluannya. Mahu penuhkan jadual harian. Ya, saya tahu, anak-anak tak patut diberikan tekanan dan terlalu penat tetapi itu untuk kebaikannya. Ini bukan aktiviti lasak, sebaliknya hanya kelas, untuk galakkan dia bercampur dengan kawan-kawan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*