Panas!!! Kejutan Anugerah Juara Lagu AJL 32 Dari Undian Netizen… Sgt Mengejutkan Bila Artis Ini Mendapat Undian Tertinggi ???

Fesyen dan muzik tema AJL 32

KUALA LUMPUR: Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 yang mempertaruhkan 12 lagu terbaik sepanjang tahun lalu, mengangkat tema fesyen dan muzik pada malam kemuncak pada 11 Februari depan.

AJL 32 yang bakal menggegarkan pentas Axiata Arena, Bukit Jalil, mencipta kelainan dan memberi signifikasi terhadap gabungan fesyen dan muzik yang dianggap sinonim dengan dunia seni.

Tambah menarik, trofi AJL buat pertama kalinya mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini dengan menyelitkan gabungan dua elemen itu pada piala berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak, berkata pihaknya optimis dengan kekebalan AJL dalam mengangkat martabat anak seni.

“Memasuki edisi ke-32, AJL masih utuh mendominasi sebagai pentas terbaik mengangkat usaha pemuzik merangkumi komposer, penulis lirik dan penyanyi melalui penjurian profesional.

“Kami berbangga kerana tidak hanya mengiktiraf lagu terbaik, AJL dilihat menjadi pentas idaman penyanyi untuk mempamerkan kualiti vokal dan persembahan,” katanya pada sidang akhbar AJL 32 di sini hari ini.

Johan berkata, bagi menampilkan kelainan, trofi AJL 32 turut disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama Rizman Ruzaini.

“Selain mahu menghayati komposisi lagu, nyanyian merdu dan bertenaga finalis dengan persembahan dipertaruhkan, penonton sentiasa ternanti-nanti fesyen yang bakal digayakan mereka.

“Muzik dan fesyen tidak boleh berpisah. Kami berasa tema dipilih pada tahun ini amat bertepatan,” katanya.

Johan menambah, mengambil kira transisi fesyen yang sentiasa berubah dari 1986 hingga sekarang, pasti ramai yang masih ingat fesyen pilihan Ramlah Ram yang berani untuk berevolusi dengan memakai baju berbentuk kunci dan hati.

“Begitu juga jika melihat kepada pemilihan fesyen terkini, Dayang Nurfaizah antara finalis yang dilihat peka dengan penampilannya di pentas.

“Dayang pasti tampil dengan persalinan mewah dan bergaya, sesuai dengan lagu yang disampaikan sehingga menjadi identitinya.

“Tidak kurang juga dengan pemilihan pakaian Ning Baizura yang memakai baju kurung lusuh ketika mendendangkan Awan Yang Terpilu dan Hafiz Suip yang tampil ringkas berkemeja-T serta seluar trek menerusi lagu Awan Nano.

“Ringkas, namun pemilihan pakaian itu memberi impak yang besar dan melengkapkan lagi jalan cerita lagu yang disampaikan.

“Setiap artis bebas melakukan eksprementasi dan memilih bagaimana mereka mahu menyerlahkan ekspresi diri melalui muzik dan fesyen, sama ada bergerak seiring dengan peredaran zaman atau terus kekal dengan identiti walaupun dunia sudah berevolusi,” katanya.

Selain 12 lagu yang dipertandingkan, gandingan pengacara dijangka menghangatkan lagi AJL 32, iaitu Alif Satar dan Sherry Al Hadad.

AJL 32 dibawa khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+. Selain itu, Samsung turut menyumbang hadiah bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan persembahan terbaik.

Pada malam itu, peminat juga bakal dihiburkan dengan persembahan artis iaitu Stacy, AG Coco, Edrie Hashim, Waris, Awie, Siti Sarah, A Rahman Hassan dan Jeffrey Din.

Siapa Bakal Rangkul Anugerah Juara Lagu 32?

BAHANG kemuncak Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) yang akan berlangsung malam ini semakin dirasai apabila peminat sudah mula membuat ramalan dan pilihan lagu yang bakal memenangi anugerah tersebut.

Menerusi undian di laman Twitter akaun Jom Mengundi, pengguna laman tersebut menjangkakan lagu Bayang nyanyian Khai Bahar bakal diangkat menjadi juara.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meramalkan persaingan sengit akan berlaku antara Khai Bahar dan Haqiem Rusli kerana bintang muda ini mempunyai kualiti suara yang hebat.

“Kedua-duanya bagus, bagaimanapun ia bergantung kepada persembahan mereka malam ini.

“Semuanya bagus-bagus. Tapi rasanya malam ini Khai atau Haqiem bakal berentap sengit dan tak mustahil antara mereka bakal bergelar juara,” komen netizen.

Sementara itu, pemenang kategori vokal terbaik tiga kali berturut-turut, Dayang Nurfaizah dijangka akan menerima saingan daripada penyanyi Azmi dan Salma.

“Selepas melihat rehearsal AJL32 di Instagram, boleh jadi Azmi dan Salma adalah pencabar terdekat Dayang Nurfaizah bagi kategori vokal terbaik,” tulis ShahScandar.

“Selepas tengok persembahan Dayang dan Salma. Persaingan sengit, saya rasa vokal terbaik Salma boleh dapat tahun ni,” tulis Aidil Bahri pula.

Sebelum ini, Dayang pernah merangkul trofi sama pada AJL29 menerusi lagu Di Pintu Syurga, AJL30 (Tak Pernah Menyerah) dan AJL31 (Lelaki Teragung).

AJL32 kali ini dihoskan pasangan pengacara popular, Alif Satar dan Sherry Al Hadad.

12 finalis bertanding terdiri daripada Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya Ajai dinyanyikan Dayang Nurfaizah, Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Tergantung Sepi (Gouffran/Ibnu/Haqiem Rusli), Lebih Sempurna (Syamel) dan Aku Cinta (Syamel/Ernie Zakri).

Lagu lain ialah Warkah Untukmu (Hang Nadim/Laq/Ara Johari), Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahonda/Khai Bahar), Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong), Aku Yang Sebenar (M Nasir/Ad Samad/Hazama & The Penglipurlara), Amboi (Navigator/Altimet) dan Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).

Ia bersiaran secara langsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan boleh ditonton di TV3 pukul 9 malam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*