Lelaki Terkejut, Langgan Pelacur Muda..Rupa-Rupanya Anak Saudara Sendiri

Lelaki Terkejut, Langgan Pelacur Muda..Rupa-Rupanya Anak Saudara Sendiri..

Seorang lelaki berusia 23 tahun terkejut apabila mendapati pelacur yang dibawanya ke sebuah hotel di Lawas, Sarawak adalah anak saudaranya sendiri yang berusia 14 tahun.

Akhbar melaporkan lelaki itu memberitahu polis beliau tidak mengadakan hubungan seks dengan remaja berkenaan selepas mengetahui identitinya.

Namun, tidak dapat dipastikan pula kenapa beliau tidak perasan gadis itu adalah anak saudaranya sejak awal lagi.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis memperoleh perintah mahkamah majistret untuk menahan reman lelaki tersebut selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Dia beritahu tidak melakukan hubungan seks dengan mangsa selepas menyedari mangsa adalah anak saudaranya sendiri,” kata Zainal.

Lelaki itu ditahan di hadapan sebuah restoran di bandar Lawas pada pukul 9.30 malam 9 Oktober lalu.

Penahanan lelaki tersebut susulan polis menahan seorang suri rumah berusia 30 tahun, yang didakwa melacurkan anak perempuannya.

Pemilik pusat karaoke yang dikatakan bersubahat dengan wanita itu untuk menawarkan khidmat pelacuran remaja berkenaan, turut ditahan.

Menurut laporan, wanita berkenaan melacurkan anaknya untuk melangsaikan hutangnya.

Tindakan wanita itu terbongkar apabila ketua kampung mendapat tahu situasi remaja berkenaan, lalu membawanya membuat laporan polis.

Remaja itu memberitahu polis, seorang lelaki membayar RM1,000 kepada pemilik pusat karaoke itu sebelum merogolnya 3 kali di sebuah hotel.

Ibu dan pemilik pusat karaoke itu kini ditahan di Balai Polis Lawas. Mahkamah meluluskan perintah reman 7 hari ke atas lelaki terbabit.

Misteri Penutupan ‘MIMALAND’ Yang Masih Tidak Diketahui Hingga Kini… Ramai Yang Tidak Tahu Kewujudan Tempat Ini Sehinggalah Ia Disenaraikan Antara tempat Paling Menyeramkan Di Malaysia..!!!

Tidak ramai yang menyedari lokasi sebuah pusat taman rekreasi Mimaland yang pernah beroperasi suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun taman itu telah ditutup atas beberapa kes mahkamah yang dihadapi.

Bila sebut Mimaland, khususnya anak-anak muda zaman kini akan terpingga-pingga apa itu? Mimaland adalah singkatan bagi “Malaysia In Miniature Land“ taman tema pertama dan terhebat sekitar 80-an. Selepas insiden mati lemas disalah satu kolam di situ, Mimaland diarahkan tutup!

Ramai tidak tahu kewujudan tempat ini sehinggalah ia disenaraikan antara tempat paling menyeramkan atau berhantu di Malaysia.

Ia adalah sebuah taman tema di Malaysia yang menjadi pilihan ramai selepas memulakan operasi pada 1971, sebelum wujudnya taman tema moden seperti Sunway Lagoon, Lost World of Tambun atau Wetworld Water Park Shah Alam.

Adakah anda tahu mengenai kewujudan Mimaland di Gombak? Benarkah tempat ini berhantu atau sekadar khabar angin?

Dua insiden menyumbang kepada penutupan taman tema itu.

Pertama, kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun maut.

Kedua, tanah runtuh mengakibatkan kerosakan pada dinding kolam renang sama pada Mei 1994. Sama ada ia hanyalah kebetulan atau mempunyai unsur mistik seperti tersebar di Internet, Mimaland terus pudar daripada ingatan ramai selepas ditutup sepenuhnya.

Rujukan akhbar dan carian di Internet mendapati Mimaland adalah taman tema pertama dan terbesar pada 1970-an yang diminati ramai khususnya warga kota Kuala Lumpur.

Menariknya tentang taman tema ini, ia bercirikan idea moden yang dilengkapi papan luncur air gergasi tinggi dan kolam renang terbesar di Asia Tenggara ketika itu, selain model dinosaur bersaiz besar, chalet dan restoran terapung, tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, “giant maze” serta merentas hutan.

Kini, semuanya bagai “bandar berhantu” sejak ditutup beberapa tahun lalu.

Itu bukan antara fakta sebenarnya kenapa Mimaland ini ditutup

Ia membuktikan betapa Mimaland diberi perhatian semula dan mungkin tidaklah seseram seperti yang diceritakan.

Pagi 18 Feb 2017 kami 80 orang diketuai oleh saudara Itek Kejam, cuba mengimbau kembali kenangan hebat Mimaland satu ketika dulu. Dan seperti kebiasaannya saya akan membawa bersama anak-anak untuk trip sepak daun ini. Selesai bacaan doa, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Perjalanan adventure sepak daun diteruskan dengan mengharungi semak-samun dan pokok-pokok tinggi yang sudah 24 tahun tumbuh liar setelah Mimaland ini ditutup. Melawat kolam utama Mimaland yang masih terdapat air walaupun jauh sudut hati kami terpanggil untuk terjun kedalamnya!

Kemudian kami dibawa untuk melihat kolam popular di Mimaland satu ketika dulu, “Super Splash”! Yang tinggal hanya tapak tangga sahaja. Dihadapannya kolam mandi yang sudah ditumbuhi semak samun. Kami melangkah dengan lebih berhati hari kerana kawasan semak samun membuatkan kami risau akan kehadiran biantang berbisa.

Tapak motel-motel Mimaland untuk pelawat suatu ketika dahulu yang tinggal kini hanyalah tiang-tiang dan bumbung mereput yang menunggu masa untuk menyembah bumi. Di sinilah dikatakan entiti paranormal sering kelihatan bila menjelang waktu malam.

Ditapak “Carnival Area” yang popular untuk pelawat kanak-kanak masih lagi kelihatan bumbung bangunan serta didalamnya beberapa mainan kanak-kanak yang masih boleh terdapat disitu serta ruang-ruang bilik khas permainan.

Dan acara kemuncak trip sepak daun kali ini adalah melawat “Animal Kingdom”. Kami harus mendaki bukit-bukit yang terdapat disini untuk sampai ke kawasan tersebut.

Masih terdapat beberapa arca-arca dinosaur yang masih kekal kukuh disitu. Keriangan kami tidak dapat dibendung lagi apabila anda dikalangan kami mengimbau kenangan-kenangan lalu ketika bergambar disini. Sesungguhnya lawatan ke Mimaland tidak akan lengkap sekiranya tidak kesini ketika dulu!

Kata kata orang diluar sana yang Mimaland ini berhantu, sememangnya kurang tepat sekiranya mereka datang melawat pada siang hari!

Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*