Astaghfirullah…Niat Untuk Mencari Rezeki .. Tetapi Akhirnya Musibah Yang Dia Jumpa Bila Dirogol Beramai Ramai ..

HASRAT gadis berusia 16 tahun mencari pekerjaan, bertukar detik hitam apabila dipercayai dirogol secara bergilir-gilir enam lelaki dalam kejadian di belakang kedai runcit kawasan perindustrian Yue Min, Penampang, 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan keluar dari rumahnya di daerah ini untuk mencari pekerjaan.

“Pada 8 malam, hari yang sama selepas mencari kerja, mangsa di bawa dua lelaki yang dikenalinya di belakang kedai runcit di kawasan perindustrian Yue Min.

“Ketika tiba di kawasan itu, empat lelaki lain yang dikenalinya berada di situ dan bersama-sama minum minuman keras,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, selepas itu, mangsa mendakwa selepas minum beberapa gelas, dia terasa pening dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana dalam keadaan separa sedar.

“Mangsa hanya sedar kira-kira 11 malam selepas kemaluannya sakit selain baju dalam dan zip serta butang seluar jeans dalam keadaan terbuka.

“Mangsa hanya membuat laporan polis 2.15 petang kelmarin kerana dalam keadaan trauma dan susulan itu, polis berjaya memberkas keenam-enam lelaki yang terbabit dalam kejadian itu, semalam,” katanya.

Menurutnya, keenam-enam suspek berusia lingkungan 20 tahun ditahan mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan.

Kes yang sama juga berlaku di Menggatal, Kota Kinabalu dimana POLIS menahan lima remaja lelaki berusia 13 hingga 18 tahun kerana dipercayai merogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 15 tahun di bangunan usang di Manggatal, Kota Kinabalu, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 3 petang, selepas mangsa dibawa oleh lima rakan lelaki yang baru dikenalinya melalui aplikasi WeChat tiga minggu lalu.

“Siasatan mendapati mangsa mulanya menemui lima suspek di sebuah taman di Manggatal sebelum suspek terbabit mempelawa mangsa ke sebuah bangunan usang di sekitar Manggatal.

“Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan usang dengan berjalan dan ketika dalam perjalanan mangsa cuba melarikan diri, namun suspek menghalangnya dan berjanji untuk menghantar mangsa pulang ke rumah,” katanya, hari ini.

Chandra berkata, sebaik tiba di bangunan usang itu mereka hanya berbual-bual kosong sebelum suspek memaksa mangsa baring di lantai.

“Mereka kemudian berbual-bual dalam masa 2 hingga 3 minit sebelum kelima-lima suspek bertindak merogol mangsa bergilir-gilir.

“Hasil maklumat orang awam dan risikan polis, semua lima suspek berjaya diberkas polis dalam tempoh masa tidak sampai 24 jam selepas laporan diterima 26 Julai lalu.

“Semua suspek berusia 13 hingga 18 tahun direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula Jumaat lalu hingga 3 Ogos depan,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan. Sehubungan itu, orang ramai terutama ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membiarkan anak terutama perempuan berjalan seorang diri bagi mengelak mereka daripada menjadi mangsa rogol,” katanya.

Perkongsian seterusnya ialah:

Isteri Wajib Baca : Inilah 7 Tanda Suami Sudah Terpikat Dengan Wanita Lain

Tidak selamanya perjalanan hidup rumah tangga selalu berjalan dengan lancar. Rintangan dan tentangan yang kerap hadir itu memang hal biasa. Namun jika suami terpikat dengan wanita lain, boleh membuatkan isteri tak tidur malam, resah dan sebagainya.

Untuk tidak su’udzhon, memang tidak semudah yang dikatakan, kerana pada dasarnya hal ini berkenaan dengan hati dan olah rasa. Menuduh begitu saja suami ada tertarik dengan wanita lain, padahal hal ini hanya salah paham akan membuat rumah tangga semakin runyam. Untuk itu, kenalilah beberapa hal kearah tanda-tanda suami terpikat dengan wanita lain.

1. Suami terlihat mudah marah atau tersinggung saat berada di dalam rumah. Padahal dulunya ia adalah tipe suami penyabar dan penyayang. Kesalahan isteri atau anak-anak sedikit saja, biasanya cepat diredakan, tapi ternyata hal ini tidak.

2. Suami terlihat lebih suka menyendiri saat dirumah, tidak suka kumpul-kumpul di tengah keluarga. Padahal sebelumnya ia termasuk suami yang ramah dan bersahabat dan suka berbagi cerita.

3. Lebih suka menyibukan diri sendiri yang di luar kebiasaan, atau lebih suka dengan handphone-nya atau laptopnya, padahal tidak tugas lembur kantor.

4. Suami terlihat enggan diajak diskusi mengenai harmonisasi rumah tangga, ia banyak mengalihkan pada topik yang lain.

5. Tiba-tiba suami suka membanding-bandingkan isteri dengan wanita lainnya, padahal sebelumnya sama sekali tidak.

6. Mempunyai kebiasaan baru yang sebelumnya tidak pernah dilakukan. Misalnya tiba-tiba menyukai olah raga bersepeda pagi, suka pergi ke kafe atau pergi ke mall sendirian dan lain-lain tanpa mau mengajak keluarga.

7. Suami terlihat mempunyai kebiasaan melamun sendiri, atau tersenyum-senyum sendiri seolah mengingat suatu momen tertentu, dan saat ditanya ia agak kelagapan.

Jika ke tujuh tanda ini sudah terlihat, kemungkinan ada indikasi mengarah suami terpikat ke arah wanita lain. Namun disarankan untuk tidak terburu-buru menjatuhkan tuduhan jika suami sudah terpikat wanita lain.

Untuk itu komunikasi yang lebih lancar ialah dengan cara bertanya dengan lemah lembut dan lebih memperbaiki diri akan lebih utama daripada menuduh hal-hal yang belum pasti. Insyaallah hal ini boleh diperbaiki, hingga hubungan Anda dengan suami akan harmonis kembali.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*