‘Pak Guard’ Nie Suara Sebiji Arwah Achik Spin.. Siapa Pak Guard Yang Viral Video Live Di Laman sosial Ni..??? Kisahnya Dia Ni.. Ohh Patut Laa..[VIDEO]

SEPERTI yang kita ketahui, darah seni yang mengalir dalam keluarga bekas vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Achik Spin masih mewarnai industri kita terutama sekali dengan kehadiran adiknya Tajul Ariff dalam industri muzik negara.
Kehadiran penyanyi meningkat naik itu nyata menyambung legasi yang ditinggalkan arwah abangnya dalam industri muzik.

Namun, tidak ramai mengetahui akan seorang lagi adiknya iaitu Khalis yang turut mempunyai suara yang saling tak tumpah dengan arwah Achik.

Bagaimanapun, Khalis juga sebenarnya terlibat dengan industri muzik apabila menyertai band yang ditubuhkan oleh dua orang bekas ahli Spin iaitu Azren dan Aidel melalui kumpulan bernama Real Spin pada tahun 2016.

Sekitar pertengahan tahun lalu, Kumpulan Real Spin mengeluarkan single sulung mereka berjudul Semakin Rindu yang mendapat perhatian hangat netizen sehingga muzik videonya mendapat lebih daripada dua juta tontonan.

Namun, tidak tahu di mana silapnya, kumpulan berkenaan kemudiannya terus senyap dan nama Khalis tidak lagi didengari.

Kini, tersebarnya satu rakaman video di Facebook menyaksikan Khalis yang berpakaian seragam pengawal keselamatan menyanyi lagu kumpulan Real Spin dengan sangat lunak.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Shafarizy Abd Aziz melalui FB Live yang dirakamnya bersama Khalis.

Di dalam video tersebut, Khalis diminta oleh perakam untuk menyanyikan lagu Semakin Rindu dari kumpulan Real Spin dan nyanyiannya itu nyata memukau netizen yang menyaksikan video berkenaan.

Melalui informasi yang diambil daripada ruangan komen video tersebut, Khalis kini bekerja secara sambilan sebagai pengawal keselamatan di Labu, Seremban, Negeri Sembilan.

Nyanyian Khalis yang menyanyikan lagu Semakin Rindu secara pendek itu menyebabkan para netizen yang melihat video berkenaan rata-rata mahukan Khalis lebih dikenali dalam industri muziknya seiring dengan adiknya Tajul.

Apa yang pasti, Khalis ternyata mempunyai bakat seiring dengan dua adik beradiknya itu dan dia hanya mencaturkan kembali strategi untuk membuat dirinya dikenali ramai.

Mungkin dengan tersebarnya video ini, Khalis boleh menjadi viral dan boleh menaikkan namanya dalam industri. Itu pun sekiranya Khalis masih mahu berada dalam industri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*