SUBHANALLAH…. Artis Ini Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Memulakan Pengambaran… Siapakah Dia?

GOLONGAN artis dan selebriti sering dilihat sebagai golongan yang glamor dan sentiasa terdedah dengan populariti.

Namun, mereka juga manusia biasa yang menjalani kehidupan seperti manusia normal lain.

Baru-baru ini tersebarnya gambar seorang pelakon yang sedang mengerjakan solat di sebuah masjid sebelum memulakan pengambaran.

Khabarnya, pelakon lelaki itu ialah pelakon yang sedang meningkat naik, Daler Yusuf.

Menurut Pencetus Ummah (PU) Rahmat yang juga individu yang memuat naik gambar berkenaan, pelakon yang dipercayai sebagai Daler itu sedang melakukan solat sunat tahiyatul masjid.

Pelakon utama ini solat sunat tahiyatul masjid terlebih dahulu sebelum memulakan panggambaran.

Artis juga tahu adab masjid. Alhamdulillah. Nama dirahsiakan,tulisnya di laman Instagram.

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen menyatakan pelakon tersebut ialah Daler Yusuf.

Jika dilihat di Instagram Daler, dia kini sememangnya sedang terlibat dalam satu pengambaran drama yang bertajuk Nota Buat Cempaka, bergandingan dengan Eyka Farhana.

Pemuda yang berasal dari Uzbekistan ini memegang watak sebagai Dr. Luqman Harith yang juga teraju utama bagi drama tersebut.

Kenyataan itu menguatkan lagi telahan netizen yang mengatakan pelakon yang di dalam gambar itu sememangnya Daler.

Pada masa yang sama gambar itu dimuat naik oleh PU Rahmat di Instagram, Daler secara kebetulan turut memuat naik video pendek menerusi aplikasi InstaStory di Instagramnya.

Dalam video tersebut menunjukkan Daler yang sedang berbaju Melayu hijau dan bersongkok sedang bersiap sedia dengan beberapa krew untuk memulakan pengambaran.

Rata-rata netizen berpendapat apa yang dilakukan Daler ini wajar dicontohi kerana dalam kesibukannya bekerja, perkara sunat tidak dilupakannya.

Jom Kenali Siapakah Daler Yusuf

Baru setahun jagung bergelar seorang aktor, jejaka bernama Daler Yusuf kini giat menerpa namanya di persada seni hiburan tanah air.

Figura kelahiran Uzbekistan ini bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan peminat tempatan malahan menjadi rebutan para pengarah dan penerbit sebagai pelaris projek seni seperti drama, telefilem ataupun filem.

Drama lakonannya berjudul Encik Suami Mat Salih Celup bergandingan bersama Nelydia Senrose Memperkenal dirinya. Kini Muncul pula drama Titian Cinta Yang Menaikan Popularitinya.

Sebelum ini, aktor berwajah Pan Asia ini pernah menjayakan drama bersiri popular seperti Tuan Anas Mikael, M.A.I.D dan Omputih Itu Suami Aku.

Jom kita berkenalan dengan aktor berbintang Capricorn ini.

Biodata Daler Yusuf

Nama Penuh: Daler Yusuf Muhammad

Nama Komersil: Daler Yusuf

Umur: 31 Disember 1992

Umur: 25 Tahun (2017)

Zodiak: Capricorn

Asal: Uzbekistan

Kerjaya: Pelakon dan Model

Agama: Islam

Bangsa: Melayu

Warganegara: Malaysia

Drama/Telemovie: Encik Suami Mat Salih Celup, M.A.I.D, Tuan Anas Mikael, LipLap Raya, Omputih Itu Suami Aku dan banyak lagi

Filem: Santorini dan Kastil Tua

Laman Sosial Daler Yusuf

Facebook : www.facebook.com/DalerYusuf1/

Twitter : www.twitter.com/daler_yusuf

Instagram : www.instagram.com/daleryusuf/

Fakta Menarik Daler Yusuf

– Mempunyai empat adik-beradik.

Datang ke Malaysia pada usia 19 tahun untuk melanjutkan pengajiannya dalam jurusan Pengurusan Perniagaan di Westminster International College di Subang Jaya, Selangor.

– Mempunyai darah campuran Melayu (ibu) dan Uzbekistan (bapa).

Selain dapat bercakap dialek Kelantan, Daler juga boleh berbahasa Rusia dan Parsi.

– Sebelum terjun ke dunia lakonan, figura kacak ini mencipta nama di pentas peragaan dan iklan komersil.

Banyak iklan komersil yang dibintanginya termasuklah 100 Plus, Petronas, Baskin Robbins, Celcom, Teh 888, SG Men Perfume, Burger King, Samsung, Blackberry dan Toyota (Thailand).

– Wajahnya seringkali dilihat memperagakan busana dari pereka hebat tempatan, Rizman Ruzaini.

Filem dari Indonesia bertajuk Kastil Tua merupakan pengalaman pertamanya dalam dunia lakanon.

– Mengambil masa selama lebih dua tahun untuk menguasai bahasa Melayu.

– Aktor ini mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram, lebih 15,000 pengikut di Twitter dan hampir 9,000 pengikut di Facebook miliknya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*