(Video) ‘Fattah Amin.. Fattah Amin’ – Aksi Lucu Johan Usik Neelofa Di Meletop Buat Netizen Terhibur..!!!

Kami percaya program MeleTOP yang ditayangkan di Astro merupakan salah satu program yang menjadi kegemaran ramai orang. Menampilkan artis jemputan yang berbeza setiap minggu, pengacaranya yang lawak juga membuatkan penonton tidak kering gusi.

Pada episod yang lepas, pelawak Johan telah menggantikan seketika Nabil sebagai pengacara. Memang havoc habislah rancangan tu! Aksi Johan yang bersahaja dan lucu rata-rata mendapat respon positif daripada orang ramai.

Johan sebagai pengacara jemputan

Tengok jelah tu, memang keras perut tengok episod yang dikendalikan Johan ini. Terbaru, viral pula di media sosial keratan video di mana Johan mengusik Neelofa. Ketika sedang menemubual Syamsul Yusuf untuk filem terbaru KL Special Force, Neelofa hanya menyebut nama Rosyam sebagai pelakon. Johan selepas itu mencelah dengan menyebut nama Fattah Amin tetapi Neelofa tidak mengendahkan usikan tersebut.

Johan usik Neelofa?

Video yang dimuat naik laman portal Rotikaya ini sehingga ini mendapat 105k tontonan dan beratus komen daripada netizen. Rata-ratanya terhibur dengan usikan Johan yang kemudiannya membuat mimik muka apabila tidak dilayan. Di ruangan komen, ramai yang kata Neelofa masih belum move on. Betul ke?

Di ruangan komen video tersebut, ada yang berpendapat Neelofa masih belum move on dengan kisah sebelum ini. Sehinggakan dia sebagai pengacara tidak mahu menyebut nama barisan pelakon antara Fattah Amin yang turut sama ada dalam filem KL Special Force tersebut.

Netizen juga memberitahu Neelofa jelas kelihatan terkejut apabila Johan secara berseloroh menyebut nama Fattah Amin. Apa yang lawaknya ialah mimik muka Johan apabila Neelofa tidak melayan usikan tersebut. Buat hal la Johan ni, hahahha!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*