[ Exclusive ] DATO SITI UMUM SECARA LIVE!, BAKAL MELAHIRKAN HARI INI

Tahniah dato siti nurhaliza yang dijangka akan bersalin pada tarikh hari ini 18 mac 2018 secara czer.

Dato siti nurhaliza membuat pengumuman secara LIVE melalui panggilan video daripada MELODI yang bertanyakan persediaan dato siti ketika ini.

Dato siti nurhaliza mengakui debaran kian terasa dan hari ini akan ke hospital (tidak dinyatakan) untuk melahirkan Puteri Sulungnya si Pipi Merah .

Dato siti nurhaliza juga memaklumkan nama anak mereka akan di umumkan 7 hari seleps kelahiranya, menjawab pertanyaan Melodi dan tetamu yang ingin melawat cahaya mata sulungnya, dato siti memohon sedikit masa diberikan untuknya selepas bersalin kerana perlu menyesuaikan diri dengan alam baru.

“Saya mohon agar sedikit masa diberi, kerana ini merupakan pengalaman pertama saya, yang mana saye perlu menjaga diri ketika berpantang selepas melahirkan, serta menyusukan bayi dan mungkin akan berjaga malam juga nanti” komen dato siti ketika di tanya. Namun dato siti memberitahu kakak ipar nya rozi akan membuat makluman di IG masa yg sesuai utk melawatnya kelak.

Dato siti juga sempat menyayikan serangkap lagu barunya si pipi merah menunaikan permintaan team Melodi dan peminatnya.

mari kita sama-sama doakan agar dato siti selamat melahirkan puteri sulungya dan bayinya sihat. Amin

PASANGAN suami isteri mana yang tidak teruja selepas mendapat tahu bahawa mereka bakal bergelar ibu dan bapa selepas 12 tahun menanti dikurniakan cahaya mata.

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan isteri, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin kini semakin teruja menghitung hari menantikan kehadiran puteri sulung mereka yang dikhabarkan bakal lahir dalam masa terdekat ini.

Sebagai seorang bapa, semestinya Datuk Seri Khalid atau lebih mesra disapa Datuk K itu memberitahu bahawa beliau telah membuat persediaan menimang cahaya mata perempuan sejak 18 tahun yang lalu.

“Sudah tentu ada juga debaran dan gementar. Tetapi melihat air muka Siti (Nurhaliza), saya harus tenang dan memberi kekuatan kepada dia kerana yang akan melalui proses kelahiran ini ialah dia.

“Namun begitu, saya sentiasa percaya kepada keajaiban doa semua pihak terutama keluarga, rakan-rakan dan peminat Siti yang Insya-Allah akan memudahkan kelahiran ini,” katanya dipetik sebuah akhbar tempatan.

Kali terakhir beliau menimang cahaya mata perempuan ialah sekitar 20 tahun yang lalu menerusi perkahwiann pertama bersama dengan bekas isteri, Tengku Zawyah Tengku Izham.

Tambah Datuk K lagi, ketika membina kediaman keluarganya di Bukit Antarabangsa, dekat ibu negara, beliau telah menyediakan empat buah bilik untuk anak lelakinya serta sebuah lagi bilik buat anak perempuan.

Tujuan utama beliau mempersiapkan bilik itu ialah kerana sebagai seorang bapa, Datuk K mempunyai satu naluri yang mana mengatakan akan ada rezeki buatnya untuk menimang seorang lagi cahaya mata perempuan.

“Siapa sangka selepas 18 tahun bilik itu disediakan, saya menerima kehadiran anak perempuan kali ini. Inilah dinamakan keajaiban doa. Syukur kepada Allah kerana dengar doa saya dan isteri,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pasangan romantis ini memaklumkan bahawa mereka akan memberi nama anak sulung mereka itu bermula dengan huruf ‘A.

Selepas tujuh hari puteri mereka itu dilahirkan, barulah mereka akan mengumumkan nama si comel itu.

“Jangan gusar, Insya-Allah akan saya umumkan bila tiba harinya nanti iaitu tujuh hari selepas kelahiran. Saya dan suami sepakat memilih nama yang akan bermula dengan huruf A. Nama itu pilihan kami berdua,” tambah Siti pula.

Malah, lagu baharu nyanyian Siti berjudul Comel Pipi Merah itu diciptakan khas buat bayi pertamanya sebagai tanda istimewa kehadirannya yang telah melengkapi hidup kedua pasangan itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*