“Ibu gembira susut 14kg sebab berjaga dan Aafiyah kuat minum susu ibu. Terima kasih anak ibu tolong ibu. Alhamdullillah

Siti Aafiyah Kuat Menyusu, Dato’ Seri Siti Ucap Terima Kasih Kepada Anak Kerana Tolong Dia.

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kilogram dalam tempoh 15 hari selepas melahirkan puteri sulungnya, Siti Aafiyah.

Menerusi akaun Instagramnya, beliau mendedahkan berjaya menurunkan berat badan dengan cepat kerana sentiasa berjaga

“Alhamdullillah, hari ini hari ke-15 ibu dan Siti Aafiyah selepas bersalin.

“Datuk Dr Vernon (doktor Aafiyah) dan Datin Dr Suhaiza (doktor Siti Nurhaliza) turut gembira dengan perkembangan kami berdua.

“Ibu gembira susut 14kg sebab berjaga dan Aafiyah kuat minum susu ibu. Terima kasih anak ibu tolong ibu. Alhamdullillah,” tulis beliau.
Kebanyakan netizen dan peminat memuji penyanyi itu malah mengusik pelantun lagu Percayalah itu pasti kembali langsing seperti zaman remaja.

Siti Aafiyah yang juga anak Siti bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sebelum ini menggunakan nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra.

Comel! Gambar Mira Filzah Berbaju Sekolah Di Majlis Hari Jadi Curi Tumpuan

Selamat hari lahir kami ucapkan buat pelakon Mira Filzah yang menyambut ulang tahunnya yang 25 semalam. Bertambah manis apabila satu majlis kejutan telah diadakan oleh kelab peminatnya, Miralegacy.

Manis Berbaju Sekolah

Majlis yang diadakan di Vilej Damansara itu telah berlangsung dalam serba meriah! Malah dengan temanya ‘Back To School’, Mira kelihatan comel berpakaian seperti seorang pengawas sekolah.

Kelihatan dalam gambar tersebut juga Mira seperti terkejut dengan majlis yang diadakan untuknya. Lihat saja gambar – gambar sekitar majlis sambutan hari jadi Mira yang diraikan dengan Miralegacy.

Selamat hari lahir Mira, semoga anda terus dimurahkan rezeki dan lebih sukses dalam karier !

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*