‘Kemain kuat umi cengkam tangan daddy. Keluar-keluar je semua staff nurse n doktor jerit ,“Songsang, tali pusat atas leher, sesak nafas!..”-Leez Rosli

Nampaknya pelakon, Leez Rosli lebih banyak memberikan perhatian dalam rumah tangga selepas melahirkan cahaya mata sulung yang kini berusia dua tahun.

Sejak berkahwin dengan vokalis Drama Band, Aepul pada tahun 2014, jarang kelihatan bekas peserta rancangan realiti itu di kaca televisyen.

Namun baru-baru ini, pelakon filem Cerita Hantu Malaysia itu ada memuat naik gambar di laman Instagram miliknya berkongsi pengalaman ketika bersalin anaknya, Nur Safiyya Alisha pada tahun 2016.

“04/04/2016 tarikh keramat dalam hidup Umi. Umi tak dapat rasa sakit contraction, sebabnya kamu duduk songsang dalam perut umi tak nak pusing-pusing, tambah pulak tali pusat atas leher.

“Jadi daddy yang decide (operate seyja) punya dia sayang anak dia yang sorang ni. Yang umi pulak dok fikir, aduuuu operate ni comfirm badan susah nak turun. Macam mana ni? Merata google pasal czer apa semua.

“Tapi Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan untuk umi. Walaupun masa nak czer tu, neves ya rabbi sampai sesak-sesak nafas masa baring (perut tgh di lapah masa tu) di temani daddy kat sebelah.

“Kemain kuat umi cengkam tangan daddy. Keluar-keluar je semua staff nurse n doktor jerit “besar nya baby!! Bulat nya baby!!” Yaaa,tgk la gambor tu pipi mcm simpan bola pingpong.

“Ini 1st time umi dapat dakap itu pun hampir setengah hari lepas czer baru dpt jumpa.. Ya Allah, takt ahu nak gambarkan macam mana perasaan masa ni.

“Syukur Ya Allah bagi nikmat rezeki ini. Semoga Nur Safiyya Alisha Binti Noorsyaiful ini menjadi anak yang solehah.

“Berjaya di dunia serta akhirat. Tak lupa hakak jaga mendoakan semoga para suami isteri yang masih menunggu, semoga Allah kurniakan anak-anak syurga pada kalian.

“Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang! Happy Birthday anak umi!! #alishaturns2,” Tulisnya di kapsyen.

Pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anak memang tiada nilainya. Semoga Nur Safiyya Alisha terus membesar dengan sihat dan comel disamping kedua ibu bapanya!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*