6 Sebab Siti Aafiyah Jadi Bayi Selebriti No 1 Yang Terkenal Macam Ibunya! Sebab No 4 Paling Melampau Jadinya..

Bukan nak puji lebih-lebih tapi sejak daripada hari pertama baby comel ni dilahirkan, dia dah dapat perhatian ramai tau! Media, peminat, pemimpin politik dan orang yang dulu tak minat Tokti pun dah mula terjatuh hati dengan baby nama Siti Aafiyah ni. Simple kan Tokti dan Datuk K bagi nama kat anak dorang? Tak ada berbelit lidah pun nak sebut.

Sebab ramai sangat yang excited dengan baby sulung Tokti ni, berikut Lobak Merah senaraikan enam sebab kenapa Siti Aafiyah jadi baby selebriti number one macam ibu dia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Tang ting tang ting!

1. Bayi yang dinanti-nanti lepas 11 tahun

Rasanya satu Malaysia tahu tentang usia perkahwinan Dato’ Siti dan Datuk K kan? Sejak tahun 2006 dulu. Walaupun dah 11 tahun, sampai sekarang admin ingat lagi majlis perkahwinan Tokti ni yang live telecast kat TV. Cantik sangat tau Tokti dengan dress pinkish dia tu. Tapi yang buat ramai simpati dengan Tokti ni bila dah dekat 11 tahun berkahwin, Tokti masih belum ada rezeki nak dapat baby lagi. 🙁

Bukan Tokti tak cuba, dah macam-macam cara dia buat sampai satu masa dulu Tokti keguguran. So bila Siti Aafiyah muncul dalam hidup Tokti, dia ni bagaikan satu anugerah yang paling terindah buat semua orang. Bukan Tokti je tau! Sebab fans-fans Tokti jugak dah tunggu lama untuk tengok the junior version of our ‘Malaysian Sweetheart’ ni!

2. Baru lahir tak sampai sehari gambar dah viral

Sapa yang tak geram kan? Tokti dengan husband dah cakap awal-awal dah yang dorang nak tayang gambar anak dorang masa hari ketujuh lepas dilahirkan. Tapi biasalah kan netizen yang tak faham bahasa ni pegi viralkan jugak gambar anak Tokti tak sampai 24 jam lepas dia lahir ke dunia ni.

Femes tak femes Siti Aafiyah ni? Tak sabar-sabar semua pakat nak tengok muka dia.

Phew! Tapi nasib baiklah Datuk K tak marah dengan orang yang sebarkan gambar anak dia tu. Dorang pun faham, Siti Nurhaliza ni milik satu Malaysia kan. Jadi apa-apa berkaitan dia mesti ada fans nak share dekat ramai orang. Tak mudah tau nak jadi anak penyanyi nombor satu Malaysia ni. Privacy kena invade sejak hari pertama dilahirkan!

3. Maksud nama yang sangat baik

Kalau ada yang tengok sesi live majlis tahnik Siti Aafiyah semalam, Tokti ada jelaskan kenapa dia pilih nama Aafiyah untuk anak dia. Aafiyah ni bukan sembarangan nama tau. Ada maksud yang sangat indah disebalik nama simple ni.

Ini apa yang Tokti kongsikan kat Instagram dia tentang nama Aafiyah:

Aafiyah ni bermaksud menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup. Bagus maksud nama dia kan? Harap jadi anak solehah sebaik nama yang diberi ibu dengan ayah dia ni.

4. Baru lahir je dah ada 60 akaun Instagram palsu

Ni yang kami paling terkejut. Weh nama dia baru je orang dapat tahu semalam. Tup-tup pagi ni dah dekat 60 lebih akaun fake orang buat atas nama Aafiyah. Korang ni memang serius takde kerja eh? Itu belum lagi yang saje-saje guna nama Siti Aafiyah ni untuk hashtag lariskan bisnes. Aduh, bila tekan hashtag tu penuh gambar produk la, baju apa bendalah. Haish sian Siti Aafiyah kan?

Buat masa ni memang tak ada lagi kenyataan rasmi daripada Tokti atau Datuk K yang Siti Aafiyah ni ada Instagram peribadi macam anak-anak artis lain. Lara Alana, Syeriv Samheizy dengan Yusuf Iskandar semua ada Instagram sendiri. Followers pun ramai kan? Cer bayangkan kalau Aafiyah ada Instagram jugak. Kalah kot semua anak artis lain. Hik hik hik!

5. Siti buat live sekitar majlis tahnik anaknya di Youtube

Yang ni maybe tak ramai artis yang buat dan kebanyakan dah pre-recorded majlis tahnik anak dorang lepas tu tayang kat TV dalam slot rancangan khas. Tapi disebabkan Tokti ada fans yang ramai, pihak pengurusan artis ni putuskan untuk buat lah sesi live streaming kat Youtube guna channel Siti Official Video. Korang boleh tengok live streaming kat sini.

Setakat ni, video ni dah trending #7 kat Malaysia dan views pun dekat 350,000. Ramai yang tengok video ni luah rasa terharu tengok Tokti dengan baby dia. Dorang pada masa yang sama, kagum dengan Tokti yang nampak cerdas walaupun baru seminggu lahirkan baby. Macam tak penat-penat je Tokti ni kan?

6. Siti Aafiyah dah ada haters?

Adatlah kan orang terkenal ni. Kalau ada fans, mesti ada haters. Kalau korang rasa seronok sangat tengok gambar Aafiyah lalu kat timeline korang sama ada kat Instagram atau Facebook, ada jugak orang jenis membuak-buak benci kalau nampak gambar Siti Aafiyah ni. Katanya dah muak, asyik-asyik muka budak ni je. Tak ada muka baby lain ke? Femes sangat ke Aafiyah ni sampai semua orang kena bagi perhatian kat dia? Eh kenapa dengki sangat niii…

Well, sorry bro! Memang Siti Aafiyah ni baby nombor satu yang tengah trending kat media sosial. Sama ada korang suka atau tak suka, kenalah hadap kat timeline muka Aafiyah naik setiap hari. Lagipun daripada kita membawang dan marah tak tentu pasal dekat si comel pipi merah yang tak tahu pape ni, lebih baik kita doakan yang baik-baik untuk dia atau lebih senang hide je post pasal baby nombor satu negara ni. Senang kan?

Kitorang daripada LM nak ucapkan tahniah kat Tokti dan suami atas kelahiran Siti Aafiyah yang comel lote ni. Semoga Aafiyah jadi anak yang solehah dan disayangi semua! Muah!

Bayi Yang Dinanti-nantikan Ramai Orang! Ini 7 Perkara Tentang Baby Tokti Yang Korang Kena Tahu

Jangan tipulah kalau korang cakap korang langsung tak excited bila dengar Dato’ Seri Siti Nurhaliza dah lahirkan baby perempuan semalam! Haa peminat ke, tak peminat ke, semua orang memang happy giler bila dapat tahu princess si comel pipi merah ni dah selamat dilahirkan.

Walaupun Tokti tak kongsi nama sebenar baby dia dan gambar official si pipi merah, kita orang sebagai peminat ni nak terus keep updated tentang baby paling popular kat Malaysia sekarang. So ini kami kongsikan tujuh perkara tentang baby Tokti yang korang kena tahu setakat ni.

1. Siti lahirkan baby secara pembedahan
Tepat jam 8.17 pagi, hari Isnin yang jugak 1 Rejab, Tokti dah melahirkan seorang princess yang saaaangat comel, secomel lagu ‘Tang Ting Tang Ting’ yang dinyanyikan penyanyi ni beberapa bulan sebelum dia lahirkan baby sulung dia tu. Tokti seperti korang semua tahu dah lalui proses IVF untuk dapatkan baby. Jadi doktor dah sarankan isteri kepada Dato’ K ni untuk bersalin melalui proses pembedahan.

Baby seberat 3.55 kg ni alhamdulillah sihat dan Dato’ K jugak ada bagitahu yang sebaik dilahirkan, anaknya tu dah pandai menyusu dan proses tu pun jadi dengan mudah sekali. Tak ada masalah langsung untuk Siti dan baby. Wah happynyaaa dengar Siti dah bonding dengan baby!

2. Nama baby masih dirahsiakan tapi ada nama timangan
Sebelum Tokti lahirkan baby, dia ada cakap yang memang dia nak rahsiakan nama anak dia dalam tempoh lebih kurang seminggu macam tu. Dia dan suami jugak cadang nak umumkan dalam satu majlis yang akan diadakan tak lama lagi. Tapi… disebabkan semua orang tak tahu nak panggil apa kat baby ni, Dato’ K ada bagi nama timang-timangan untuk anak dia.

Panggil je Fatimah Az Zahra, kata Dato’ K. Haa nama anak nabi tu! Sedap pun sedap kan nama dia? Tak payah pening-pening kepala korang nak bertanya 10 kali apa nama anak Tokti.

3. Anak Dato’ K teruja dapat adik baru!

Sebelum Tokti kahwin dengan Dato’ K, suami kepada penyanyi terkenal ni memang dah ada empat orang anak. Anak-anak Dato’ K ni semua hero tau. Tak ada pun anak perempuan. So bila Tokti lahirkan anak perempuan, semua anak Dato’ K lain excited sangat dengan adik perempuan dorang.

Yelah kan, dorang dah kahwin dan besar-besar pun. Tetiba eh, ada adik lagi! Haaa rare tuh!
Anak ketiga Dato’ K, Asyraf Khalid ada komen semalam yang dia suka sangat tengok muka adik perempuan dia yang comel tu. Sepadan kata dia macam dalam lagu Comel Pipi Merah. Boleh jadi kawan dengan anak si Pipi Pau, Arif Jiwa. Haa Arif jangan buli aunty princess eh!

4. Terima pelbagai ucapan dari peminat satu Malaysia termasuk Tun M

Bukan peminat jee seronok macam nak gila bila dapat tau Tokti dah bersalin, rakan artis dengan pemimpin negara pun berlumba-lumba nak ucap tahniah kat Malaysian Sweetheart kita ni tau. Jam agaknya phone Tokti dapat ucapan dari ramai orang. Tu belum pengurus Tokti, Kak Rozi. Mesti 24 jam jawab calls daripada media dengan peminat je kan?? Cian kat Rozi. Hiks!

Antara artis yang dah wish tahniah kat Tokti seperti Neelofa, Faizal Tahir, Alyah, Sharifah Amani, Nora Danish, Lisa Surihani, Micheal Ang dan lain-lain. Ni termasuklah pemimpin politik macam Nurul Izzah dan Tun Mahathir yang sampai buat video wish selamat kat Tokti. Wow!

5. Media seberang kecoh dengan berita kelahiran baby Tokti

Eh bukan negara kita je yang kecoh tentang kelahiran baby Siti ni tau. Haa negara seberang macam Indonesia, Singapura dengan Brunei pun berlumba-lumba nak cover news pasal baby Tokti ni. Dato’ Siti Nurhaliza ni penyanyi kesayangan semua. Dulu kalau kat Anugerah Planet Muzik tu, Tokti boleh dikatakan hampir setiap tahun rangkul anugerah Artis Wanita Terbaik. So tak hairan lah kalau peminat di negara lain pun tertanya-tanya pasal baby Tokti ni kan??

6. Lagu ‘Tang ting tang ting’ jadi siulan ramai
Beberapa minggu sebelum Tokti kesayangan kita lahirkan baby, lagu ni dah jadi siulan ramai. Siap ada yang buat parodi lagi weh sebab teruja sangat nak tunggu Siti Nurhaliza bersalin. Papepun lagu Comel Pipi Merah atau lebih senang dipanggil Tang Ting Tang Ting ni memang bestlah didengar bila bosan-bosan. Kalau korang ada anak kecik, bolehlah bagi dorang dengar lagu ni. Ganti lagu Baby Shark Doo Doo tu. Kelas tau budak sekarang dengar jingle lagu Siti!

7. Peminat marah gambar baby tersebar
Sejak berita Tokti bersalin ni meletop kat media sosial, macam-macam dah berlaku. Ni termasuklah gambar Fatimah Az Zahra yang tak sepatutnya viral dah tersebar kat Facebook and grup WhatsApp disebabkan ada yang gatal tangan pegi bocorkan. Haih korang ni. Sian Tokti dan Dato’ K tak dapat nak buat surprise dah tau!

Itu belum lagi kes dorang yang suka sangat buat Facebook fake dan berlakon acah-acah jadi Tokti. Adoi korang ni dah kenapa? Sekali baca tulisan dorang ni, dah tau dah bukan Tokti. Tolonglah unfollow dan report Facebook macam ni. Tokti ada official account Facebook dia tau. Follow kat sini. Lagi senang kalau korang follow je Instagram @ctdk.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*