Inilah Penangan MANIFESTO PRU 14 ” Penerima BR1M akan terima durian runtuh “

KUALA LUMPUR: Dua kategori baharu penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan Barisan Nasional (BN) bagi membantu rakyat mendepani kos sara hidup.

Sementara tiga kategori sedia ada untuk isi rumah berpedapatan dibawah RM3,000 ke bawah, RM4,000 ke bawah dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, ditingkatkan.

Dua kategori baharu itu adalah untuk isi rumah yang berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000 bakal menerima RM700.

Satu lagi, bantuan sekali sebanyak RM1,500 yang diberi kepada anak penerima BR1M yang dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap melancarkan Manifesto BN di sini, turut mengumukkan gandaan penerima BR1M bagi semua kategori.

Bagi penerima BR1M kategori isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, katanya pemberian BR1M pada Jun dan Ogos sebanyak RM400 dinaikkan kepada RM800, menjadikan jumlah keseluruhan RM2,000.

Beliau berkata, bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 pula, pemberian akan digandakan kepada RM600 berbanding RM300 yang diterima ketika ini.

“Ini bermakna jumlah keseluruahn pemberian BR1M (kumpulan itu) pada tahun ini meningkat kepada RM1,000,” katanya.

Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula, Najib berkata, mereka bakal menerima nilai tambahan sebanyak RM150 menjadikan keseluruhannya RM600, berbanding RM450 ketika ini.

Seramai 7.2 juta rakyat Malaysia menerima BR1M dengan peruntukkan sebanyak RM6.8 bilion pada tahun ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*