Salman Khan Dihukum Penjara 5 Tahun Disebabkan HAIWAN INI…..

Pada 5 April, pelakon terkenal, Salman Khan dihukum penjara atas kesalahan yang dilakukannya 20 tahun lalu iaitu memburu antelop secara haram.

Ia dianggap menyalahi undang-undang kerana haiwan ini dilindungi di atas akta perlindungan haiwan terancam.

Berikut adalah maklumat antelop yang Warta Hud-Hud dapati daripada Wikipedia:

Antelop adalah mamalia yang bentuknya menyerupai kambing dengan tanduk tegak lurus ke atas. Binatang ini mirip kijang tetapi bukan kijang. Ia termasuk jenis sapi.. Haiwan ini merupakan salah satu daripada keluarga bovidae dan termasuk haiwan yang terancam dan hampir pupus. Antelop terdapat di Afrika, Asia, dan Timur Tengah. Ia hidup berkelompok serta berpindah-pindah untuk mencari makanan. Salah satu antelop yang masih hidup yaki A. cervicapra ditemui di Pakistan dan India, iaitu dari wilayah Punjab dan Sind hingga Bengal dan Tanjung comorin.

Berikut adalah salah satu laporan berita yang dipetik dari Utusan Online :

DELHI 5 April – Pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun hari ini oleh Mahkamah Jodhpur selepas didapati bersalah memburu antelop secara haram pada tahun 1998.

Saif Ali Khan, Tabu, Sonali Bendre dan Neelam Kothari bagaimanapun dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Salman terpaksa bermalam di Penjara Jodhpur selepas Mahkamah Sesyen menetapkan permohonan jaminan hanya akan didengar esok.

Portal berita India, News18 melaporkan, Salman Khan dituduh membunuh dua ekor antelop di Bhagoda ki Dhani di kampung Kankani dekat Jodhpur pada malam 1 dan 2 Oktober 1998.

Beliau didapati bersalah mengikut Seksyen 51 Akta Hidupan Liar (Perlindungan) yang boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum enam tahun atau minimum dua tahun penjara.

Dalam satu kejadian lain, Wanita Ini Dipenggal Kepala..Anda Mesti Terkejut Sebab Kenapa Kepala Wanita Ini Dipenggal

WANITA dibunuh kejam sebelum mayatnya dipenggal hanya kerana enggan melakukan seks dengan bekas teman lelakinya, di Odessa, Ukraine.

Mayat Anna Ergieva, 29, yang tidak berkepala ditemui ibu bapanya yang pergi mencarinya di rumah apabila bimbang kerana dia tidak menjawab panggilan telefon mereka.

Kepalanya ditemui ditanam tidak jauh dari situ, di dalam beg yang turut diisi barang kemasnya.

“Kami menemuinya tanpa kepala dan berlumuran darah atas lantai rumahnya. Seluruh rumah dipenuhi kesan darah termasuk televisyen. Lebih menyedihkan, polis pada mulanya gagal menemui kepalanya,” kata ibu bapa mangsa.

Susulan itu, polis menahan seorang cef berusia 29 tahun yang juga bekas rakan sekelas serta pernah menjadi kekasih mangsa.

Ketika ditahan, suspek cuba mengelar pergelangannya sendiri tetapi berjaya ditangkap sebelum mengaku dia mengamuk dan menembak mangsa di kepala kerana enggan melakukan seks dengannya.

Katanya, dia memenggal kepala mangsa kerana tidak mahu polis menemui peluru digunakan. – Daily Mail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*