“Comelnyer..Waktu Malam, Sebelum Masuk ke Dalam Bilik Tidur, Ariff Akan Masuk ke Bilik Aunty Princess Terlebih Dahulu Untuk Melihat Ibu Saudaranya”-Netizen Geram Tengok Ariff Cucu Ds Siti Dan Ds Khalid…Nampak Sweet Ketuk Bilik Aunty Aafiyah

Di laman sosial sudah menjadi satu perkara biasa apabila akaun Instagram kepada ramai anak selebriti menjadi ikutan ramai netizen. Selain daripada Yusuf Iskandar, cucu kepada Ds Siti dan juga DS Khalid nampaknya semakin hari semakin mendapat perhatian ramai.

Wajahnya bulat dan berisi membuatkan dia terlihat makin comel dan seperti mahu di cubit-cubit pipinya.Dia lebih di kenali ramai sebagai Ariff dan nama manjanya yang sering di panggil oleh ibu ayah dan Tok Ti adalah “pipi pau”

Ariff di katakan seorang happy boy kerana dia suka untuk tersenyum dan ketawa dengan sesiapa sahaja yang di jumpainya. Dia juga seorang anak yang pandai bergaul dengan anak-anak yang lain seusia dengannya. Ariff dan orang tuanya tinggal bersama dengan Ds Siti dan Ds Khalid beserta dengan ibu saudaranya, Aunty Aafiyah.

Di sebabkan Ariff tinggal serumah bersama Ds Siti dan suami, makanya dia menjadi kesayangan ramai orang kerana merupakan satu-satunya cucu yang berada di rumah itu.Bilamana Aafiyah lahir,makanya Ariff mendapat kawan baru yang di panggil sebagai “Aunty Princess”.Aktivti harian Ariff di rumah itu membuatkan ramai netizen merasakan sangat lucu dan sweet.

Waktu malam, sebelum masuk ke dalam bilik tidur, Ariff akan masuk ke bilik Aunty Princess terlebih dahulu untuk melihat ibu saudaranya .Selepas itu barulah dia ke bilik tidurnya untuk masuk tidur bersama dengan orang tuanya.

Keesokan harinya, Ariff akan datang mengetuk pintu bilik Aunty Princess di awal pagi. Biasanya dalam bilik Aunty Princess sudah ada Umi Siti dan Bibik yang menguruskan sang Aunty Princess.

Selepas melawat bilik Aunty Princess, Ariff akan mengetuk pula pintu bilik Tok Ayahnya jika Tok Ayah ada di dalam.

Paling comel,ke mana sahaja Ariff bergerak,dia pasti akan “memandu” kereta mininya bersama. Comelkan Ariff ini? Mesti lepas ini dia akan sangat rapat dengan ibu saudaranya apatah lagi bila mereka sudah besar.

Seterusnya….

9 Jenis Pernikahan Yang Diharamkan Oleh Islam

Pasti ramai antara kita di luar sana yang hendak berkahwin setelah sekian lama berkenalan dan berusaha mengumpul duit bagi merealisasikan impian hendak bernikah.

Namun bukan semua pernikahan itu dibenarkan dalam Islam. Ada juga bentuk-bentuk pernikahan yang sebenarnya dilarang daripada kita meneruskannya, bagi melindungi diri kita.

Apakah bentuk perkahwinan itu?

1. Nikah Syighar

Nikah syighar berlaku apabila berlaku satu pertukaran atau perjanjian lain, sebelum pernikahan itu boleh berlaku.

Sebagai contoh, lelaki A yang berjanji untuk menikahkan anaknya dengan lelaki B dengan syarat lelaki B perlu menikahkan anak perempuannya dengan lelaki A. Apabila berlaku perjanjian seperti itu, pernikahan tersebut adalah haram di sisi Islam.

2. Nikah Tahlil

Nikah tahlil ini adalah nikah yang selalu masyarakat kita gelarkan sebagai kahwin cina buta, di mana seorang lelaki lain berkahwin dengan seorang wanita yang sudah diceraikan talak tiga hanya atas permintaan bekas suami wanita tersebut. Pernikahan ini haram dan talak kepada wanita tersebut masih lagi berjalan.

3. Nikah Mut’ah

Nikah mut’ah amat popular di kalangan sesetengah masyarakat kita yang mengamalkannya, kerana pernikahan ini mempunyai kontrak seperti pernikahan selama 1 hari, satu minggu atau satu bulan.

4. Nikah semasa tempoh iddah wanita

kubur destinasi terakhir
Pernikahan semasa tempoh iddah adalah tidak dibenarkan kerana tempoh iddah adalah wajib dipatuhi bagi wanita yang diceraikan atau kematian suami.

5. Nikah dengan orang Kafir

Tidak dibenarkan sama sekali seorang lelaki atau wanita Muslim mengahwini seseorang individu yang bukan beragama Islam. Isu ini timbul kerana wujud beberapa negara yang membenarkan individu Islam di negara itu berkahwin dengan individu bukan Muslim. Walaupun secara undang-undang,pernikahan itu sah tetapi dari segi hukum, perkara itu bertentang dengan syariat.

6. Nikah dengan saudara ibu susu

Jika seseorang itu sudah pun disahkan berkongsi susu dengan seorang wanita, maka sebarang pernikahan di antara kedua-duanya adalah haram untuk diteruskan.

7. Nikah diantara dua individu yang mempunyai nasab

ijab kabul
Nasab atau hubungan kekeluargaan membataskan pernikahan jika wujud. Rasanya kita sudah jelas tentang siapa nasab, namun perlu diingatkan yang yang serupa dengan info nombor 6 di atas, ibu susuan seorang lelaki adalah haram untuk dinikahinya.

8. Nikah diantara seorang individu dan gigolo/pelacur

Pernikahan di antara seorang individu dengan individu lain yang diketahui melakukan pekerjaan haram sebagai gigolo atau pelacur adalah haram kerana pernikahan itu membenarkan zina dan ditakuti tidak diketahui siapa ayah kepada anak yang lahir, jika si pelacur itu mengandung. Walaupun begitu, jika berlaku pernikahan antara seorang individu dengan bekas pelacur yang telah pun insaf dan berjanji untuk tidak melakukan perbuatan terkutuk itu lagi, pernikahan itu dibenarkan.

9. Nikah dengan lebih empat wanita

Poligami hanya membenarkan seorang lelaki Muslim mengahwini 4 orang wanita secara serentak. Jika lelaki tersebut ingin mengahwini seorang lagi isteri, dia perlu menceraikan salah satu isterinya. Ini berdasarkan kisah Ghailan bin Salamah yang mempunyai 10 isteri dan ingin kembali pada Islam dan Rasulullah memerintahkan dia memilih 4 orang isteri untuk diteruskan pernikahan mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*