Terkini!! Hubungan Ziana, Armin retak – Akhirnya ziana failkan perceraian

SHAH ALAM: Status hubungan Ziana Zain dan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, terus mencetuskan tanda tanya, apatah lagi selepas mereka disahkan tidak lagi tinggal sebumbung sejak bekas ketua pramugara itu didakwa mencederakan anak mereka, Februari lalu.

Terbaru, dakwaan kononnya Ziana sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selasa lalu, menguatkan lagi spekulasi hubungan mereka makin retak.

Penyanyi Putus Terpaksa itu bagaimana tidak memberikan sebarang reaksi ketika dihubungi BH Online bagi mendapatkan ulasan berhubung perkara terbabit.

Pengurusnya, Alin, yang juga adik Ziana, sebaliknya memohon agar penyanyi berkenaan diberikan masa dan ruang buat ketika ini.

“Berikan Ziana masa, lagipun ini kes mahkamah,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Pada prosiding di Mahkamah Majistret pagi tadi, peguam pemerhati yang dilantik Ziana, Luqman Mazlan, mengesahkan anak guamnya itu dan suami, tidak lagi tinggal sebumbung.

“Ziana dan suami sudah tidak lagi tinggal sebumbung. Saya adalah peguam yang dilantik Ziana bagi mengikuti semua perbicaraan kes itu.

“Saya dilantik pada Mac lalu dan setiap kali kes disebut atau bicara, saya akan mengikutinya, termasuk ketika Ziana dipanggil menjadi saksi,” katanya.
a group of people posing for the camera: ARMIN Zaharin Ahmad Zambri ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya 25 Februari lalu. –

Foto: Mohd Asri Saifuddin Mamat© Provided by Media Prima ARMIN Zaharin Ahmad Zambri ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya 25 Februari lalu. – Foto: Mohd Asri Saifuddin Mamat

Sementara itu, sumber memberitahu BH Online, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, memfailkan perceraian dengan suaminya di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selasa lalu.

Difahamkan, Ziana bertindak memfailkan perceraian selepas Armin dikatakan enggan melepaskannya secara baik.

“Mengikut rekod, Ziana memang ada failkan perceraian pada 3 April lalu,” kata sumber berkenaan.

Pada 8 Mac lalu, Armin, 53, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan anak lelakinya berusia sembilan tahun dengan rotan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam jam, pada 24 Februari lalu.

Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

© New Straits Times Press (M) Bhd

SUMBER : gemokviral.com

 

Seterusnya,

‘Muka Je Flawless Tapi Badan..Masya Allah Tak Lalu Aku!!’ – Upload Foto Nampak Bahagian Belakang, Uqasha Senrose Buat Netizen ‘Terkelu’ Di Anugerah Meletop Era 2018..

Merecikkk..!!! kalah artis hollywood tuuu… Fesyen Uqasha Senrose Semakin Berani Di Anugerah Meletop Era 2018

Selamat datang ke channel videoviral. Kami menyajikan pelbagai video informasi dan gaya hidup untuk tontonan anda.

Jika anda ingin terus menonton video sila scroll ke bahagian bawah.

Untuk mengetahui cerita selanjutnya sila tonton video ini sampai ke hujungnya supaya anda mendapat informasi yang lengkap.

Jika ada sebarang cadangan atau pertanyaan sila berhubung dengan admin laman web ini.

Video di dalam web ini adalah untuk hiburan semata mata.Sila scroll ke bawah untuk melihat video penuh mengenai kisah ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*