Zizie Ezette bawa Nur Jenna jumpa keluarga Kandung, Rupanya anak angkatnya ada kembar seiras!!

Pada tahun lepas Zizie EZETTE telah membawa anak angkat perempuannya NUR JENNA berjumpa keluarga kandung di Sandakan sabah.

Rupanya NurJenna ada kembar perempuan Nur Janna yang seiras mukanya. Keduanya comel tapi kasihan pulak dipisahkan kembar ni.

 

Zizie Ezette Kini Sudah Berhijab, Ambil Anak Angkat

SEPERTI Rozita Che Wan, pelakon jelita Zizie Ezette juga mengikuti jejak langkah untuk tampil bertudung litup setelah pulang mengerjakan umrah bersama suami tercinta pada bulan Ramadhan lepas.

Apa yang lebih menggembirakan, Zizie Ezette dan suami yang juga ahli parlimen Kinabatangan, Bung Mukhtar dikhabarkan telah mengambil anak angkat perempuaan yang diberi gelaran Baby J.

Perkara itu dimaklumkan Zizie Ezette menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.

“Meet our new princess. Buah hati pengarang jantung mummy and daddy @bungmoktar insha-Allah,” tulis Zizie.

Berita gembira tentang penghijrahan dan kehadiran bayi perempuan ini ternyata menerima sokongan peminat yang tidak henti-henti memberi ucapan tahniah menerusi ruangan komen yang ditinggalkan.

BUNG MUKHTAR DAN ANAK ANGKAT PEREMPUAAN YANG DIBERI GELARAN BABY J.

ZIZIE EZETTE DAN SUAMI YANG JUGA AHLI PARLIMEN KINABATANGAN, BUNG MUKHTAR.

Moga kehadiran bayi perempuan ini boleh menambah seri dan kebahagian buat pasangan suami isteri ini.

Seterusnya,

Anak orang lain happy je…lain pula dengan ANAK bongsu pelawak dan pengacara, Azrul Zaidi, 43, Nur Raudhah Batrisyia, lapan bulan, kini bertarung nyawa akibat jangkitan kuman di ICU.

ANAK bongsu pelawak dan pengacara, Azrul Zaidi, 43, Nur Raudhah Batrisyia, lapan bulan, kini bertarung nyawa akibat jangkitan kuman di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang.

Azrul atau Asrul Zaidi Jamaluddin ketika dihubungi, berkata anaknya sudah dirawat di wad itu sejak 11 hari lalu.

“Semalam, doktor sudah mengambil cecair dari tulang belakang untuk memeriksa jenis kuman yang aktif menyerangnya.

“Setakat ini, doktor beritahu keadaan anak saya stabil, cuma pihak hospital masih melakukan pemantauan dari masa ke semasa,” katanya.

Buat masa ini, doktor masih menunggu keputusan ujian bagi menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk rawatan pencegahan.

Bapa kepada lima anak ini berkata, anak bongsunya itu pada mulanya mengalami demam.

Doktor memberitahu hanya demam biasa selepas dibawa ke klinik, dua minggu lalu.

Pada sebelah malam selepas mendapatkan rawatan di klinik, demam dan batuk semakin teruk menyebabkan Azrul terus membawa anaknya ke hospital dan ditahan di ICU.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*